Tuesday, April 24, 2012

Memikirkan Masa Hadapan..

Assalamualaikum


sekarang jam telah menunjukkan pukul 2:17 pagi.. pagi?? aku tak tidur lagi. Semenjak dua menjak tiga empat menjak ni, aku jarang tidur awal. tak tahulah kenapa. aku tak boleh tidur langsung. bak kata orang penyakit ape 2, pinyakit insomnia. nak kata aku tidur petang tadi memang tak lah.

mungkin kepala ni asyik memikirkan result yang bakal keluar 27/4/2012. tarikh keramat tu.tinggal lagi dua hari sahaja. tarikh yang akan menentukan masa depan aku. Hanya Allah yang tahu perasaan aku sekarang.

berbalik kepada tajuk aku tadi, ape yang aku akan lakukan ye? adakah aku berpeluang meneruskan pelajaran atau nak g cari kerja?? arrgghhh agak serabut. cari kerja? kerja apelah yang aku boleh buat ye dengan bersijilkan spm sahaja. zaman sekarang ni terlalu banyak persaingan.

tapi.. aku hanya tawakal kepada Allah yang Satu. sebab kita dah berusah Dia yang menentukan.




p/s: not in mood today....


K-POP

Assalamualaikum

entry hari ini aku nak cerita tentang trend zaman sekarang. Dunia sekarang sudah berubah mengikut peredaran zaman. cakap pasal zaman, dulu-dulu ade zaman 60an, hiphop, rock indie dan sekarang yang sedang menular kat Malaysia ni ialah K-POP.
ape itu K-POP??

K-pop (Korea: 가요, Gayo) (1 singkatan muzik Korea popular pop atau Korea) adalah 1 genre muzik yang terdiri daripada pop, tarian, electropop, hip hop, rock, R & B, muzik elektronik yang berasal di Korea Selatan. Selain muzik, K-pop telah berkembang menjadi cabang kebudayaan yang popular di kalangan remaja dan dewasa muda di seluruh dunia, menyebabkan kepentingan meluas dalam fesyen dan gaya penyanyi kumpulan idola dan Korea itu sendiri.

Aku pun dah terjebak sikit dengan korea wave ni. sebab buka je tv cerita korea.buka je korea lagi.. tukar channel lain pun korea jugak. adushh.. lama2 tengok best jugak.haha.. tapi aku rasa aku dah addictic dengan satu kumpulan dari korea ni iaitu CNBLUE. (waaahhh) ^_^..



CN BLUE <3





wahhhh.hahahaha..


Kalau kat Malaysia kita ada indie band seperti Hujan, Bittersweet n lain2. lau kat korea CNBLUE ialah salah satu kumpulan indie band yang agak popular disana. mereka bermula dengan perform on the streets and in live clubs in Japan.mereka ni agak good looking jugak tapi suara mereka yang paling pntg.sangat best.. So, bawah ni boleh la tengok2 ahli2 kumpulan CNBLUE. :)



Name: Jung Yong Hwa (정용화)
Nickname:Yonghwa
Birthdate: 22/06/1989
Position: Guitar & Vocal
Height: 180cm
Weight: 63kg
Blood Type: A
Debut Actor: You’re beautiful as Kang Sin-woo



Name: Lee Jong Hyun (이종현)
Nickname: Jonghyun
Birthdate: 15/05/1990
Position:Guitar & Vocal
Height: 182cm
Weight: 64kg
Blood Type: O
'have an amazing voice' XD


Name: Lee Jung Shin (이정신)
Nickname: Jungshin
Birthdate: 15/09/1991
Position: Bassist
Height: 186cm
Weight: 66kg
Blood Type: A
He replaced former member Kwon KwangJin!



Name: Kang Min Hyuk (강민혁)
Nickname: Minhyuk
Birthdate: 28/06/1991
Position: Drummer
Height: 184cm
Weight: 60kg
Blood Type: A


Antara lagu2 yang popular ialah 'im a loner', 'love', 'black flower', 'love light' dan yang paling best sekali ialah 'intuition'.. dengar2 kan lah..hehe






p?s: aku pun tak taw kenapa aku post benda ni. tapi ni akan menjadi salah satu koleksi band yang aku suka.hahaha XD

Friday, April 20, 2012

A letter for my Ex-Bestfriend

Assalamualaikum.

Sebelum aku cakap apa-apa, aku ingin menujukan beberapa soalan. Ada sape-sape yang tak tau maksud BFF? Tak kan tak tau beb. Zaman urban camni kene ar tau istilah-istilah sofistikated macam ni beb. BFF bermaksud "Best Friend Forever", bukan Backstreet Boy okay.


Yang aku maksudkan kat sini bukan Best Friend biasa, i mean Best Friend yang berlainan jantina dengan kita dan dialah satu-satunya orang yang kita ceritakan semua masalah kita and kadang-kadang tu dengan boyfriend/girlfriend kita sendiri pon kita tak share benda macam ni sekali. Korang mesti ada bestfren macam ni kan?


Aku rasa benda ni memang biasa dah dengan masyarakat kita zaman sekarang. Kadang-kadang ada certain benda kita tak nak/ tak boleh nak share dengan BF/GF kita sendiri. Lagi-lagi kalau masalah yang melibatkan hubungan kita dengan pasangan kita tu sendiri.


Aku pon ade bestfriend macam ni dulu. Semua masalah aku akan kongsi dengan dia. Aku percaya kat dia n dia percaya kat aku. Kitorang saling share kegembiraan and kesedihan antara satu sama lain. Ayat-ayat seperti "weh aku rindu ko arr" kalau lama tak bertegur, atau ayat seperti " weh ko jangan sedih , aku kan sayang ko", kalau ingin memujuk jika ada yang bersedih antara kitorang seperti ini menjadi kebiasaan kepada hubungan "bestfriend" kitorang ni.


Waktu tu aku dah ada BF, and aku mengaku aku sangat tak adil pada BF aku waktu tu. Sebab banyak perkara yang aku rasa lagi selesa nak share dengan bestfren aku ni berbanding dengan BF aku sendiri. Waktu tu pulak bestfren aku ni takde BF. Waktu kitorang awal-awal rapat dulu aku ada tanya dia, takpe ke kita rapat macam ni. Aku kan ada BF. Dia kata dia tak kisah. Dia siap mintak permission lagi nak rapat dengan aku. Dia tanya "boleh tak aku jadi bestfriend ko?". Agak pelik soalan tersebut, sebab aku terfikir sejenak waktu tu, perlu ke mintak kebenaran untuk jadi bestfriend. Huhu.. Dia kata dia cuma nak jadi kawan yang setia mendengar semua masalah aku dan dia nak bersama dengan aku waktu aku susah dan senang. So sweet of him.


Dan kitorang pon makin hari makin rapat. Sangat-sangat rapat. Dia selalu bagi aku coklat dan juga kad-kad yang comel. Lagi-lagi waktu exam,dia bagi kad/surat sebagai pembakar semangat untuk hadapi paper-paper yang mendatang. Aku pon tak lupa untuk membalas coklat dan kad yang dia bagi kat aku tu. Aku mengaku aku betul-betul sayang kat dia, tapi aku tak pernah ada perasaan cinta kat dia. Aku jujur, aku cuma rasakan aku sayang dia gila babas sebagai kawan yang sangat caring dan memahami je, tak lebih dari itu. Bagi aku, perasaan cinta yang ada kat aku ni bukan untuk dia, perasaan cinta ini hanya untuk BF aku waktu tu. Perghh.(skunk solo dah) :P


Aku sayang kat dia. Dia sahabat aku di waktu aku kecewa dan ketawa. Waktu aku ade prob pon dia yang lebih ambik berat tentang aku berbanding BF aku sendiri. lelaki yang terakhir aku jumpa before aku abez skulh pon dia jugak.
Sekarang dia dah ada girlfriend. Aku happy untuk dia sebab aku nampak dia bahagia dengan GF dia tu. Aku nampak GF dia tu pon sangat baik dan menyayangi dia. Ok what. Cuma yang tak best nya hubungan kitorang da tak macam dulu lagi. Aku sedar dia dah ada yang punya, dia kene tetapkan hati pada siapa yang dia cintakan. Aku pon rasa aku kena belajar tentang setia, jadi mungkin sedikit sebanyak kehadiran dia dalam hidup aku boleh mengganggu kesetiaan dan kejujuran aku pada orang yang sepatutnya aku berikan rasa itu.


Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tinggalkan dia. Aku ambil keputusan untuk hapuskan "hubungan bestfriend" yang ada antara kitorang. Aku tak tegur and tak contact dia langsung walau sedikit pon dalam satu tempoh masa yang sangat panjang.

Aku lakukan ini semua sebab aku sedar yang aku dan dia semakin meningkat dewasa, dan akan memilih haluan masing-masing untuk teruskan kehidupan. Sampai bila kitorang nak "bersayangan" begini sedangkan masing-masing mempunyai komitmen hidup tersendiri. Mungkin dengan cara kita menamatkan "hubungan bestfriend" ini adalah jalan yang terbaik untuk kita berdua lebih bahagia di masa hadapan. Cuma aku tak boleh bohong yang aku kadang-kadang sangat rindukan kenangan-kenangan yang pernah kita berdua lalui pada waktu dulu.

Apa-apa pun, life must go on.


Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita ikhlas dalam kehidupan.


Dan aku ada pesanan untuk dia. Aku harap dia baca benda ni. Aku tak tau nak bagitau dia macamana lagi. Aku tak tau dia akan baca atau tak, tapi tak salah jika aku mencuba kan?



Dear my Ex-Bestie,

Assalamualaikum

Weh, kau sehat tak. Lama gila tak contact kan. Da hampir 2 tahun jugak kan. Aku tak tau nak mulakan pesanan aku ni macamana. Sebab da lama gila kita tak bertegur. Rasa macam awkward gila. Huhu.


Camane hidup? Aku rasa kau takde hal kan.. Aku kenal kau.. Kau seorang yang sangat kuat dan tabah. Kau boleh handle semua perkara yang datang kat kau. Kau sangat berkeyakinan dalam apa pon perkara yang kau buat. Kau sangat berusaha keras untuk dapatkan apa yang kau mahukan. So aku tak risau kalau kau ditimpa apa-apa masalah sebab kau sangat berani menghadapi apa-apa dugaan pon. Aku kenal kau dengan sifat kau yang sangat positive macam ni. Hee..

Hey. Baru-baru ni time aku kemas-kemas barang aku kat sini, aku terjumpa barang yang kau bagi kat aku dulu. satu lukisan art yg ko lukis then ko bagi kat aku. ingat dulu waktu zaman dulu2.. ko jugak lah yang mendorong aku tuk minat dengan melukis..ko still melukis lagi tak?hee

Sebab tu lah aku tiba-tiba rasa nak hantar pesanan ni kat engkau. Entahlah, aku tak tau kenapa aku tulis benda ni. Sorry kalau apa yang aku tulis ni mengganggu hidup kau sekarang ni, tapi izinkan untuk kali terakhirnya aku sampaikan pesanan ini untuk kau.


Aku cuma nak sampaikan yang aku kat sini baik-baik saja. Study aku pon dah makin baik.. Makan minum semua aku berjaya jaga dengan baik. Sebab tu lah aku da makin berisi sekarang. Huhu.. Aku cakap semua ni sebab dulu kau selalu ingat aku ni tak pandai jaga diri. Asek nak risau kat aku je keje. Huhu.


So aku nak kau pon lakukan benda yang sama. Jaga diri kau baik-baik kat sana. Jaga makan minum kau tu jugak.. Study kau tu.. Aku tau study art bzy kn, tapi jangan mudah mengalah ok. Jangan mudah mengeluh jika diuji.. Pastikan kau grad dengan bergaya nanti..Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau kat sana. Kebahagian kau dengan 'dia' pon aku tak lupa untuk doakan, semoga korang kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu cicit nanti. :)


Lastly, aku nak mintak maaf atas semua kesalahan yang pernah aku lakukan pada kau. Aku tau aku pernah kecewakan kau, aku buat kau sakit hati, aku tinggalkan kau tanpa sebarang kata. Semua yang aku buat ini adalah untuk kebaikan kita bersama jugak. Kau ada dia, and walaupun aku single sekarang.hahaha. Kita masing-masing perlu belajar erti kesetiaan dan kejujuran pada orang yang betul-betul kita pilih. Harap kau maafkan aku dengan seikhlas hati kau. Halalkan makan minum aku. Halalkan masa yang pernah kau spend dengan aku. Halalkan kenangan manis yang pernah kau beri kat aku dulu.


Sincerely.
-me-







Ustazah Pilihan : Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita jujur dalam kehidupan. Dan ikhlaslah bersahabat kerana Allah SWT.