Sunday, October 30, 2011

Piala Malaysia 2011

assalamualaikum

semalam bersamaan 29/10/2011 telah berlangsung perlawanan bola sepak diantara NEGERI SEMBILAN melawan TERENGGANU.
aku sebagai anak jati negeri sembilan mestilah menyokong tanah negeri sendiri.

detik-detik sangat mendebarkan. dua-dua pasukan yang hebat. penyokong terengganu lebih ramai dari negeri sembilan. gara-gara harga tiket yang dijual agak mahal. cekik darah. perlawanan berlangsung.

aku hanya melihat di television sahaja. perempuan lah katakan. melihat dengan penuh harapan dan bangga. salah seorang daripada pemain itu adalah kawan aku semasa di sekolah SEMENDA. Fiqri Azwan dan Jibam namanya.tapi hanya pemain simpanan. bangga dengan mereka. teringat akan zaman sekolah.


akhirnya keputusan diumumkan. negeri sembilan tampil menjuarai piala malaysia dengan mengalahkan terengganu 1-2 negeri sembilan. gembira yang teramat. rasa bagai nak berlari satu rumah. den suko jadi anak nogori.





Friday, October 28, 2011

kurang gemar bercakap

Aku sedar satu perkara yang sedang merebak dalam diri aku sekarang ini. Mulanya aku sedar, tapi aku abaikan. Lama - lama, ia semakin teruk dan tidak boleh lagi dilepas pandangkan.

Aku semakin kurang bercakap. Atau semakin menjadi pendiam.

Aku kurang gemar bercakap hari ni, apsal ah?!
Aku lebih minat membiarkan semuanya di dalam kepala.

Aku tak boleh bercakap dan berfikir dalam satu masa.

Jika aku bercakap, aku susah berfikir. Bila aku berfikir, aku susah bercakap. Aku perhatikan, ramai orang yang mampu bercakap dan berfikir dalam satu masa. Tetapi aku tidak. Aku tak dapat jadi itu.

Berfikir maksud aku, dengan berat. Aku lebih tidak memilih untuk bercakap.

Eh, entahlah. kadang kala aku membiarkan diriku berfikir sendirian. lebih suka bersendiri. melihat sekeliling.

Aku diam. Terkenang. Bunyi yang paling tepat untuk telinga aku saat ini ialah diam. Diam yang aku hampir boleh mendengar mindaku berfikir. Diam di dalam kediaman.

Aku diam lagi. Dengan rasa yang leper. Kosong. Dengan persoalan - persoalan tentang kewujudan diri, persoalan - persoalan hubung kait aku dengan manusia lain di dunia ini. Persoalan ini, persoalan itu.


Akan ada masa yang tiba - tiba kita tak pasti apa yang sedang kita lakukan kerana apa yang kita paling harapkan, kita paling takkan dapat.

KetentuanNya.

p/s: Kaulah tempat aku bergantung

Bukan Sjak Untuk Semut

Aku tak mahu menulis sajak pasal semut. Bukan pasal deretan semut di balik siku kanan, tangan aku yang sedang berahi meraba - raba papan kekunci ini.

Tapi mungkin juga ya.

Mungkin juga aku kagum dengan binatang kecil ciptaan Maha Kuasa ni, yang terus bekerja tanpa henti, biar apa pun terjadi. Terus dan terus. Tanpa memperdulikan sekelilingnya. Tunggang langgang terbalik dok, pun semut - semut ni lari kejap bertempiaran. Tapi kejap - kejap lepas tu, semut - semut ni sambung balik kerja, carma (cari makan).

Taknak. Aku taknak tulis pasal semut.

Tapi semut lah yang paling hampir dengan aku sekarang. Bukan hampir pada jasad sahaja, malah terlalu hampir dengan keadaan aku sekarang. Apa yang aku masih peduli tentang apa yang terjadi sekeliling aku? Dah selalu sangat, jiwa runtuh, hati lerai, mengharapkan sesuatu yang entah bila akan berakhir lalu bermula yang baru.

Tapi apa dan kenapa masih aku peduli?

Kenapa tak boleh ikut perangai semut? Yang tidak dikurniakan akal fikiran oleh Allah Ta'ala. Tapi aku yang dikurniakan akal, sibuk nak peduli tentang perkara - perkara yang menyakiti hati sendiri.

Sebab aku manusia. Sebab aku manusia yang sibuk nak terasa hati, nak kecil hati, nak makan hati. Sibuk nak amik tahu hal - hal sekeliling yang kurang penting. Yang kuman - kuman. Sampai terabaikan perkara yang lebih besar. Sampai membunuh acara - acara masa depan yang pernah cemerlang di dalam genggaman.

Yang aku sudah hilang.

Memang lah sakit. Hati. Lara dibuatnya. Habis kalau aku ketuk - ketuk papan kekunci ni, semut - semut ni tak sakit dengan gegaran meja ni?

Kenapa aku tak boleh buat ni? :(

INDAHKAN DUNIA DENGAN KEMAAFAN

"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia."
-Imam Syafie-



Sifat suka memaafkan adalah perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci dan murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalh hasil dorongan keadaan hatinya kepada Allah. Dia memahami dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi daripada melakukan kesalahan sama ada secara sedar atau tidak.

Bukan perkara yang menghinakan apabila seseorang itu menjadi individu yang pemaaf kerana di situ wujud sifat terpuji seseorang Muslim. Ia menunjukkan seseorang itu bersih daripada sikap sombong, bersih daripada dendam kesumat, dan mempunyai iman yang tinggi serta menunjukkan kebijaksanaannya.



Sifat-sifat tersebut adalah sebahagian daripada ikatan yang kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam. Jadi, sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah, Tuhan yang satu dan tiada Tuhan selain Allah, persoalan perpaduan di kalangan umat Islam adalah lambang tauhid kita kepada Tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. sama seperti ajaran al-Quran dan seruan Nabi Muhammad s.a.w.

"APA KATA HATI?? "

"Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan''

-Imam Syafie-


Merawat Hati yang Rosak

Hati atau roh adalah raja dalam 'kerajaan diri'. Justeru, hati perlu menjadi sasaran pendidikan kita. Gagal mendidik dan membaiki hati bererti gagal mendidik dan memperbaiki manusia. Hati mempunyai dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Apabila akal menjadi penasihat, maka hati pun baik. Apabila nafsu menjadi penasihat, maka raja di dalam diri manusia itu juga menjadi jahat.

Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya, apabila hati baik, baiklah seluruh anggota badan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh aggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya itulah hati".



Hati Sebagai Raja

Hati sebagai raja dalam kerajaan diri mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir(yang ada). Dia adalah raja yang luar biasa, yang ditaati oleh rakyatnya. Malaikat memimpin hati dengan benda yang datang daripada Allah. Syaitan pula memimpin hati dengan benda yang datang daripada iblis.

Walaupun hati manusia cuma satu, tetapi kerana pelbagai rangsangan datang, maka timbullah pelbagai rasa dan kesedaran. Contohnya, apabila berjaya, hati menerima rangsangan. Dia akan berasa sama ada bangga, riyak, ujub atau ego dengan kejayaan itu, ataupun rasa syukur dan dalam masa yang sama berasa malu kepada Allah. Pada waktu itulah hati ini akan sedar. Sesungguhnya, ia terpulang kepada setiap individu.

Jika hati tidak sedar dia sudah berbuat baik, ia adalah sifat terpuji kerana tidak berbangga-bangga dengan kebaikan itu. Tetapi, jangan pula sampai hati tidak bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya juga kita dapat membuat kebaikan. Perkara paling buruk ialah apabila hati tidak sedar ia jahat. Hati tidak sedar, rangsangan yang datnag membuatkan ia rasa bangga dan ego.

Lebih berbahaya apabila hati yang jahat disedari sebagai hati yang baik. Tuan empunya hati tidak sedar kejahatannya sampai bila-bila dan tidak cuba berubah dengan bertaubat. Bahkan terus berbuat jahat kerana merasakan dirinya dalam kebaikan. Rasa hati adalah atau boleh diibaratkan seperti benih yang ditanam oleh Allah kedalam hati manusia. Cuma sama ada ia subur ataupun terbantut, bergatunglah pada usaha manusia itu sendiri.

Contohnya, dalam sebuah kebun, benih jagung sudah ditanam. Terpulanglah kepada petani untuk menyiram, membaja dan menjaganya. Sekiranya benih itu baik, tetapi tidak dijaga, mungkin ia mati sebelum tumbuh ataupun terbantut. Begitu juga dengan hati. Fitrah baik manusia apabila tidak disuburkan dari awal, kemungkinan mati akhirnya. Sebaliknya, jika awal-awal lagi sudah disuburkan, ia akan berakar umbi dalam hati sehingga mudah hati itu menjadi baik. Apabila sudah terlewat baru hendak disuburkan, agak sukar kerana ia umpama benih terbiar lama tanpa disirami, dibajai dan dijaga.

Saturday, October 8, 2011

terima kasih Raja Rabiatul Adawiyah

assalamualaikum,,

hari ini aku sangat berterima kasih kepada seorang kawan aku yang bernama Raje Rabiatul Adawiyah atau orang panggil Raje. seperti yang korang lihat dekat blog aku ini ialah hasil kerja dia.smart gile lah. raje ni aku kenal die sejak sekolah rendah lagi.tapi kami lain-lain kelas.sama sekolah waktu sekolah rendah.

cantik kan blog aku.haha. boleh dikatakan tiap-tiap hari lah aku nak buka blog aku ni.bukan apa,terpesona dengan warna purple ni(skema je ayat)hehe. dia masih amatur lagi dalam editting blog ni. tapi aku harap Raje akan teruskan usaha nya.mana tau ko boleh jadi blogger terkenal setanding dengan MAS AHMAD SAFWAN, MARIA ELENA, or TAUFIQ ke kn. tak mustahil.hehe.. gudluck yup :)

Tuesday, October 4, 2011

THUNDER

Assalamualaikum~

it's raining really hard now, and along with the rain, are thunders and lightnings.

because of that, i feel like sharing this:
Surah Ar-Ra'd (Thunder)

13.11 For each one are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah . Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron.


13.12 It is He who shows you lightening, [causing] fear and aspiration, and generates the heavy clouds.


13.13 And the thunder exalts [ Allah ] with praise of Him - and the angels [as well] from fear of Him - and He sends thunderbolts and strikes therewith whom He wills while they dispute about Allah ; and He is severe in assault


*Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.
please read the full Surah. i find it really amazing. like how besar kuasa Allah SWT and how everything happens with reasons only Allah SWT knows. =')


let's hope that we can change for the better =)
have a good day people!
and may you find the rain, thunders and lightnings not troublesome. heee..