Sunday, October 30, 2011

Piala Malaysia 2011

assalamualaikum

semalam bersamaan 29/10/2011 telah berlangsung perlawanan bola sepak diantara NEGERI SEMBILAN melawan TERENGGANU.
aku sebagai anak jati negeri sembilan mestilah menyokong tanah negeri sendiri.

detik-detik sangat mendebarkan. dua-dua pasukan yang hebat. penyokong terengganu lebih ramai dari negeri sembilan. gara-gara harga tiket yang dijual agak mahal. cekik darah. perlawanan berlangsung.

aku hanya melihat di television sahaja. perempuan lah katakan. melihat dengan penuh harapan dan bangga. salah seorang daripada pemain itu adalah kawan aku semasa di sekolah SEMENDA. Fiqri Azwan dan Jibam namanya.tapi hanya pemain simpanan. bangga dengan mereka. teringat akan zaman sekolah.


akhirnya keputusan diumumkan. negeri sembilan tampil menjuarai piala malaysia dengan mengalahkan terengganu 1-2 negeri sembilan. gembira yang teramat. rasa bagai nak berlari satu rumah. den suko jadi anak nogori.





No comments:

Post a Comment